19 December, 2014

TASK 7 MTE - VIDEO MAKER

Assalamualaikum =)

Bagi melengkapkan tugasan terakhir saya selama 14 minggu mengikuti kuliah MTE, saya telah menghasilkan satu video bertemakan sahabat menggunakan software video maker. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Dr Siti Asma Mohamad di atas segala tunjuk ajar untuk subjek ini, serta rakan-rakan yang saya sayangi. Hope enjoy this video ! Terima kasih :)








TASK 6 MTE - AUDACITY




Assalamualaikum =)


Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi termasuk Pemodulatan Kod Denyut (Pulse Code Modulation-PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini. Tugasan kedua terakhir adalah saya perlu merakam suara menggunakan perisian ini serta memasukkan muzik sebagai latar. Saya memilih untuk merakam mengenai Tips Menghadapi Peperiksaan. Kalau nak dengar KLIK DISINI. Terima kasih :)

TASK 5 MTE - GIMP



Assalamualaikum =)


Apa itu Gimp ? GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto. Kegunaan Gimp adalah untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, menggabungkan pelbagai lukisan, melepaskan imej yang tidak dikehendaki ciri-cirinya, dan penukaran antara imej lain format. Gimp juga boleh diguna pakai untuk membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format Gimp. Tugasan kali ini saya telah menyiapkan satu hasil kerja berbentuk poster berkaitan dengan majalah sekolah. Hasil kerja saya tidaklah secantik mana kerana tugasan ini saya siapkan disaat akhir tambahan pula ini kali pertama saya menggunakan Gimp. Jadi apa yang saya buat itulah hasilnya. Nak tengok ? Lihat di bawah. Terima kasih :)


















TASK 4 MTE - INTEGRASI





                                                                      Assalamualaikum =)

Tugasan ini juga melibatkan penggunaan MS Powerpoint di mana saya perlu menghasilkan satu slideshow berkenaan dengan Mesyuarat Agung PIBG. Elemen utama yang saya gunakan dalam tugasan ini adalah bagaimana saya aplikasikan penggunaan hyperlink setelah diajar oleh pensyarah. Saya dapat menggunakannya dengan baik walaupun banyak kali tidak menjadi. Sila klik kalau NAK TENGOK. Terima kasih :)

TASK 3 MTE - POWERPOINT





                                                              Assalamualaikum =)

Seterusnya saya ingin memperkenalkan software Microsoft Powerpoint iaitu software yang dikhususkan untuk pembangunan atau pembuatan slide untuk presentasi. MS Powerpoint memiliki beberapa alat bantu (tools) yang membantu perancang slide untuk mereka bentuk slide yang menarik dan mudah dikendalikan. Banyak bentuk rekaan yang tersedia bagi memudahkan kita memilih rekaan yang sesuai dengan bahan presentasi. Contoh items yang terdapat dalam MS Powerpoint adalah seperti berikut : 
  • Titlebar
  • Menubar
  • Standard Toolbar
  • Format Toolbar
  • Outlining Tab
  • Sliding Tab
  • Drawing Toolbar
  • Design Slide
  • Task Pane

Tugasan seterusnya memerlukan saya membuat satu slideshow tentang Hari Kantin di mana saya menggunakan beberapa elemen seperti design, animations, transitions, lagu sebagai latar belakang sdan pelbagai lagi. Untuk melihat hasil kerja saya TEKAN INI. Terima kasih :)

TASK 2 MTE - MS EXCEL




                                                                  Assalamualaikum =)

Microsoft Excel adalah satu perisian hamparan kerja (spreadsheet) elektronik yang digunakan untuk menyimpan (store) dan memanipulasi (manipulate) data. Data-data ini kemudiannya diproses dan ditayangkan dalam bentuk lebih tersusun seperti jadual, carta atau graf. Ia mampu untuk melakukan sebarang operasi pengiraan Matematik seperti tambah, darab, bahagi dan tolak dengan cepat dan tepat dengan menggunakan fungsi pengiraan yang disediakan. 

Siapa yang menggunakan MS Excel

Sesiapa sahaja yang memerlukan penyimpanan data dalam bentuk jadual harus menggunakan MS Excel sebagai perisian utama. Apatah lagi bagi mereka yang terlibat dengan kerja kerja pengiraan seperti bidang perkaunan, audit, statistik dan lain lain. Bagi tugasan kedua, saya telah menggunakan MS ini untuk mengira Gred Markah Murid bagi pencapaian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Perisian ini sedikit merumitkan kerana memerlukan kita membuatnya dengan teliti dan tepat. Walaubagaimanapun saya berjaya menyiapkannya. Hasilnya SILA KLIK. Terima kasih ;)

TASK 1 MTE - MS WORD





                                                     
                                                                   Assalamualaikum =)

 Korang tahu tak Microsoft Word tu apa benda ? Yelah asyik guna buat eseimen tapi tak tahu function tak guna jugak kan hehe. Haa meh sini nak citer sikit pasal MS Word nih. MS Word adalah sebuah program aplikasi untuk pengolahan data yang digunakan untuk membuat laporan, membuat dokumen berbentuk surat khabar, membuat label pada surat, membuat table pada dokumen dan banyak lagi. Biasanya kalau nak buat kerja berbentuk ilmiah boleh la guna aplikasi ni. Just taip taip pastu save, mudah kan ?  Antara fungsinya adalah :

  • Menu bar : baris yang berisi menu-menu perintah
  • Toolbar : baris yang berisi kumpulan gambar/simbol yang mewakili suatu perintah dalam menu
  • Statusbar : untuk menampilkan formasi tentang nomor halaman dokumen,posisi kursor,modus pengetikan dan keterangan singkat mengenai fungsi waktu
  • Titlebar : berisikan nama program aplika
  • Menu control window : untuk menutup, mengembalikan, memindahkan, mengukur, membesarkan dan mengecilkan jendela
  • si dan nama file yang sedang aktif. Baris judul ini digunakan untuk memindahkan jendela ke posisi lain yang dinginkan(digeser dengan mouse)
  • Icon maximize : untuk memperbesar jendela hingga satu layar penuh/mengembalikan jendela ke ukuran sebelumnya.
  • Icon minimize : untuk memperkecil jendela hingga membentuk icon aktif pada taskbar
  • Scroll bar : untuk menggulung jendela dokumen pada lembar kerja kekanan/kekiri dan keatas/ke bawah
  • Workspace area : daerah yang digunakan untuk melakukan pengetikan dokumen.
Oleh kerana saya mengambil subjek Kompentensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (MTE), saya telah diberi tugasan pertama untuk membuat Sijil Penghargaan dan Siji Penyertaan dengan menggunakan teknik Mail Merge. Teknik ini merupakan salah satu ciri yang ada pada MS yang membantu kita membuat banyak dokumen dalam satu template. Nak tengok contoh yang saya buat ? Sila KLIK DISINI. Terima kasih :)

16 December, 2014

Are you ready ? Dupdapdupdap




                                                                  Assalamualaikum ! hehe ;)




So nak tanya lah kan korang dah sedia ke belum nak final nih ? Almaklum lah baru semester 1 konfem la cuak plus berdebar plus taksabar plus nak balik kan ? hihi. Bukan semester 1 je yang rasa semua ni tapi semua sem lah. Tapi tapi kan aku still tak rasa feeling nak exam tu entahla mungkin sebab aku masih hijau di alam kampus membuatkan semua benda aku rasa first time buat even subjek Geografi aku pernah belajar sebelum ni pun aku still rasa baru dan freshie gittew. Sebelum aku bagi tips exam nak ceritalah sikit kan camne aku hadap saat saat genting nak siapkan kerja aku. hehe. Dan aku rutin harian pergi kuliah macam biasa then stay up sampai rasa nak bernanah bijik mata siapkan eseimen. Its hard you know sampai ada masa aku rasa aku rela ganti orang beranak daripada stay up every night for the whole sem untuk siapkan eseimen. Tetambah lagi aku plak jenis obses tahap dewa bila nampak katil dan bantal mula lah aku nak leperkan diri sampai ke pagi. But it must benda wajib yang aku kene buat kalau tak buat kosong lah aku. Alhamdulillah hampir semua kerja aku dah siapkan tinggal nak post hasil jelah kat benda alah ni. hehe ^^

Oklah meh sini aku nak share sikit tips untuk final exam. Aku tahu korang mesti dah tahu ape patut buat ape tak patut buat tapi takpelah sharing is caring kan ! :D

  • Jangan study last minutes please ! study at least sebelum sebelum. So, tak adalah terkejar2 nak study, terutamanya Killer Paper untuk course korang.
  • Jangan tidur lambat ! Kang kalau tido pukul 4.30 pagi sebab study punya pasal. Dapat pulak paper pagi2 buta, jauh pulak tu. Sudahhh! Subuh ke mana, Exam ke mana. Ceq tak tau..
  • Buat nota kecil. Sape yang kreatif dan rajin bolehlah guna pen kaler2. So, korang tak adelah malas nak membaca. Tetiba jadi rajin sebab note colourfull sangat! hahahaaa.
  • Tips Penting! letak air kosong sebelah kanan anda semasa tengah study. Sebab, due to my teacher since sekolah lagi  air masak mempunyai aura dia tersendiri. Tambah lagi, masa menghafal nota. Hafal kuat2 lepastu air tu akan serap apa yang korang baca. Then, bila minum boleh ingat apa yang korang baca tadi. InshaAllah.
  • Stop tengok movie. Aku faham, semua budak2 ni sama je. Makin dekat final, makin seronok pulak nak donlod movie. Kononnya nak tgk masa kat rumah. Boring! Korang akan rasa tak sabar2 nak tengok movie yang korong donlod tu. So, donlod kat rumah boleh kan? Padahal!
  • Jangan stress sangat ! Guna masa korang untuk rehatkan otak. bagi otak sedut dulu. Baru sumbat balik. Bila nak rest? Petanglah! Takkan petang nak study kot? Kemonla petang2 pegi lah joging ke naik beskal ke panjat bukit ke haha tak kesah janji riadah. Jangan tido pulak. nanti makin 'bengap' hahaha
  • So bila dah usaha semua paling penting JANGAN LUPA doa setiap hari mintak dipermudahkan menjawab, mudah menghafal, permudahkan segala urusan 
  • Akhir sekali tawakal jelah inshaAllah Dia akan tolong kita :)

Klah lenguh pulak tangan ni nak menaip. Rasa power pulak kalau boleh menaip guna kaki. Apatah lagi kalau berlatih menaip guna gigi. Ok tak kelakar. Tapi kalau rasa kelakar kau ketawa lah ye. Aku harap tips kat atas tu berguna lah untuk korang ye. All the best semua UPSIan ! Fighting ! InshaAllah boleh :D










13 December, 2014

S.A.H.A.B.A.T





Ketika mula bertemu

Terasa bagai telah lama bersua

Kau sambut hulur tanganku

Bertegur sapa penuh mesra



Masa terus berlalu

dan kita tetap seiringan berjalan

Menuju onak liku

lalui semua suka dan duka

bersama...

Biarlah apa pun rahsia

dan kelemahan mu

tetap kau temanku


Riangnya saat kita ketawa asyik senda dan bercerita

Walau sesekali pandangan kita berbeza

Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka

namun, diakhirnya kita tetap bersama



Kini dipisahkan dua benua saling mengejar cita

tak pernah ku lupakan detik yang indah bersamamu

Temanku....



Ku pasti suatu masa

engkau dan aku kan bertemu semula

Kembali menjalinkan detik nan indah

untuk kenangan bersama.. tetap kan bersama



bright future



stylista ke idok ?



loveya




aucakk !