16 December, 2014

Are you ready ? Dupdapdupdap




                                                                  Assalamualaikum ! hehe ;)




So nak tanya lah kan korang dah sedia ke belum nak final nih ? Almaklum lah baru semester 1 konfem la cuak plus berdebar plus taksabar plus nak balik kan ? hihi. Bukan semester 1 je yang rasa semua ni tapi semua sem lah. Tapi tapi kan aku still tak rasa feeling nak exam tu entahla mungkin sebab aku masih hijau di alam kampus membuatkan semua benda aku rasa first time buat even subjek Geografi aku pernah belajar sebelum ni pun aku still rasa baru dan freshie gittew. Sebelum aku bagi tips exam nak ceritalah sikit kan camne aku hadap saat saat genting nak siapkan kerja aku. hehe. Dan aku rutin harian pergi kuliah macam biasa then stay up sampai rasa nak bernanah bijik mata siapkan eseimen. Its hard you know sampai ada masa aku rasa aku rela ganti orang beranak daripada stay up every night for the whole sem untuk siapkan eseimen. Tetambah lagi aku plak jenis obses tahap dewa bila nampak katil dan bantal mula lah aku nak leperkan diri sampai ke pagi. But it must benda wajib yang aku kene buat kalau tak buat kosong lah aku. Alhamdulillah hampir semua kerja aku dah siapkan tinggal nak post hasil jelah kat benda alah ni. hehe ^^

Oklah meh sini aku nak share sikit tips untuk final exam. Aku tahu korang mesti dah tahu ape patut buat ape tak patut buat tapi takpelah sharing is caring kan ! :D

  • Jangan study last minutes please ! study at least sebelum sebelum. So, tak adalah terkejar2 nak study, terutamanya Killer Paper untuk course korang.
  • Jangan tidur lambat ! Kang kalau tido pukul 4.30 pagi sebab study punya pasal. Dapat pulak paper pagi2 buta, jauh pulak tu. Sudahhh! Subuh ke mana, Exam ke mana. Ceq tak tau..
  • Buat nota kecil. Sape yang kreatif dan rajin bolehlah guna pen kaler2. So, korang tak adelah malas nak membaca. Tetiba jadi rajin sebab note colourfull sangat! hahahaaa.
  • Tips Penting! letak air kosong sebelah kanan anda semasa tengah study. Sebab, due to my teacher since sekolah lagi  air masak mempunyai aura dia tersendiri. Tambah lagi, masa menghafal nota. Hafal kuat2 lepastu air tu akan serap apa yang korang baca. Then, bila minum boleh ingat apa yang korang baca tadi. InshaAllah.
  • Stop tengok movie. Aku faham, semua budak2 ni sama je. Makin dekat final, makin seronok pulak nak donlod movie. Kononnya nak tgk masa kat rumah. Boring! Korang akan rasa tak sabar2 nak tengok movie yang korong donlod tu. So, donlod kat rumah boleh kan? Padahal!
  • Jangan stress sangat ! Guna masa korang untuk rehatkan otak. bagi otak sedut dulu. Baru sumbat balik. Bila nak rest? Petanglah! Takkan petang nak study kot? Kemonla petang2 pegi lah joging ke naik beskal ke panjat bukit ke haha tak kesah janji riadah. Jangan tido pulak. nanti makin 'bengap' hahaha
  • So bila dah usaha semua paling penting JANGAN LUPA doa setiap hari mintak dipermudahkan menjawab, mudah menghafal, permudahkan segala urusan 
  • Akhir sekali tawakal jelah inshaAllah Dia akan tolong kita :)

Klah lenguh pulak tangan ni nak menaip. Rasa power pulak kalau boleh menaip guna kaki. Apatah lagi kalau berlatih menaip guna gigi. Ok tak kelakar. Tapi kalau rasa kelakar kau ketawa lah ye. Aku harap tips kat atas tu berguna lah untuk korang ye. All the best semua UPSIan ! Fighting ! InshaAllah boleh :D










No comments:

Post a Comment