19 December, 2014

TASK 2 MTE - MS EXCEL




                                                                  Assalamualaikum =)

Microsoft Excel adalah satu perisian hamparan kerja (spreadsheet) elektronik yang digunakan untuk menyimpan (store) dan memanipulasi (manipulate) data. Data-data ini kemudiannya diproses dan ditayangkan dalam bentuk lebih tersusun seperti jadual, carta atau graf. Ia mampu untuk melakukan sebarang operasi pengiraan Matematik seperti tambah, darab, bahagi dan tolak dengan cepat dan tepat dengan menggunakan fungsi pengiraan yang disediakan. 

Siapa yang menggunakan MS Excel

Sesiapa sahaja yang memerlukan penyimpanan data dalam bentuk jadual harus menggunakan MS Excel sebagai perisian utama. Apatah lagi bagi mereka yang terlibat dengan kerja kerja pengiraan seperti bidang perkaunan, audit, statistik dan lain lain. Bagi tugasan kedua, saya telah menggunakan MS ini untuk mengira Gred Markah Murid bagi pencapaian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Perisian ini sedikit merumitkan kerana memerlukan kita membuatnya dengan teliti dan tepat. Walaubagaimanapun saya berjaya menyiapkannya. Hasilnya SILA KLIK. Terima kasih ;)

No comments:

Post a Comment